Thursday, July 29, 2010

da xde keje namenye nie................

salam........erm.. tjuk entry pon da merapu.. hahahhaha.. ni pon da start merapu sebenarnye.. aisehh.. semenjak lama tidak bergedik santai mendengar lagu peberet sy hini.. arinie entah mengape tetibe lak terase sesuke sesuki nk menfeelingkan diri layan lagu korea.. hahhaa.... law dengar x phm pon.. nk miming pon x reti.. tp nice lyric....so sy pon mengambil keptusn tuk publish kt belog nie..lalallala... korean version n english version ( bg yg x phm bhs korea cm sy better lyn smbil bce english subtittle...based on vdeo klip lgu nie kononnye sorg lelaki n pompuan ni da kawan lame.. tp last skali pompuan ni kawen ngn lelaki laen.. at da same tyme.. kawn dy laki ni suke kt dy.. tp myb 2 2 pon de prasaan tp x berani nk luahkn.. ble pompuan tu nk kwen dy jumpe laki tu nk bgtaw yg dy nk kwen then lelaki tu ngn selamber tp lam hati sedey la kn... ucpkn thniah law xcilap sy.. then dorg pon berpish.. . n tyme kwn dy ni pegi wedding day kwn pompuan ( awek yg dy mint nie)..memg kesedihn terpncr tp dy xleh wt pape.. . ermm... sedey la lgu nie tmbh melody dy yg mendayu2....
boleh la layn skali skala.. hehehe...tp jgn ngis lebey2 lak... upsss... jom layan.......

doushite kimi by TVXQ (DBSK) :

Doushite kimi wo suki ni natte shimattan darou?
Donna ni toki ga nagaretemo kimi wa zutto
Koko ni iru to, omotteta no ni
Demo kimi ga eranda no wa chigau michi

Doushite kimi ni nani mo tsutaerarenakattan darou?
Mainichi maiban tsunotteku omoi
Afuredasu kotoba, wakatteta no ni (mou todokanai)

Hajimete deatta, sono hi kara
Kimi wo shitteita ki ga shitan da
Amari ni shizen ni tokende shimatta futari

Doko e iku no ni mo issho de
Kimi ga iru koto ga touzen de
Bokura wa futari otona ni natte kita
Demo kimi ga eranda no wa chigau michi

Doushite kimi wo suki ni natte shimattan darou?
Donna ni toki ga nagaretemo kimi wa zutto
Koko ni iru to, omotteta no ni (mou kanawanai)

Tokubetsu na imi wo motsu kyou wo
Shiawase kao de tatsu kyou wo
Kirei na sugata de kami sama ni chikatteru, kimi wo

Boku ja nai hito no tonari de
Shukufuku sareteru sugata wo
Boku wa dou yatte miokureba ii no darou?

Mou doushite kimi wo suki ni natte shimattan darou?
Ano koro mo, bokura no koto, mou moderenai (kangaeta) modorenai (kangaeta)

Doushite kimi no te wo tsukami ubaenakattan darou?
Donna ni toki ga nagaretemo kimi wa zutto
Boku no yoko ni, iru hazu datta (sono mama nii)

Sore demo kimi ga boku no soba nara to itte mo
Eien ni kimi ga shiawase de iru koto
Tada negatteru
Tatoe sore ga donna ni sabishikutemo (setsunakutemo)


***********

Why have I fallen for you?
No matter how much time passes,
I thought that you would always be here
But you chose a different road

Why wasn't I able to convey to you?
My feelings that were growing everyday and night
The words begin to overflow
But I know they won't reach you now

From the first day that I met you
I felt like I knew you
And the two of us melted together so naturally

Wherever we would go, it would be together
It was so natural for you to be with me
We became adults together
But you chose a different road

Why have I fallen for you?
No matter how much time passes,
I thought that you would always be here (but not anymore)

For the day that holds a special meaning
For the day where we can stand with happy faces
For you looking beautiful while praying to god

Next to the person who is not me
There is the figure of someone truly blessed
So how am I supposed to see you off?

So why have I fallen for you?
We can't go back to that time, or how we were (I've thought it through)

Why wasn't I able to take your hand?
No matter how much time passes
You were supposed to be at my side (just like that)

But, even though I say that I need you close to me
I just pray that you will be happy forever
No matter how lonely that makes me (or how sad)






dengar lagu jugak tp jgn smpai melalaikan diri atau menjauhkan diri kita dari Tuhan...semoga sentiasa dicucuri hidayah dariNya... Amin...

Monday, July 26, 2010

Edisi Nisfu Syaaban:..............

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... buat bacaan bersama... sedikit info tentang nisfu Syaaban yg sy perolehi sewaktu surfing internet..... harap dpt menmbhkn lgi ilmu kite insyaAllah....:

Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Syaaban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal? Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut? Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.

Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar, tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan. Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu. Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.

Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja? Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.

Dan saya tidak berani mengatakan amalan tersebut haram. tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja. Tetapi menurut fatwa dari Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, amalan itu dikira bid’ah dan penjelasannya ada saya sertakan di bawah nanti.

Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan AlQuran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala sehingga membaca AlQuran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.

Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Fatwa tentang merayakan malam Nisfu Syaaban

Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masa kini tentang sahih batilnya amalan ini.

Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!

‘Solat Sunat’ Nisfu Syaaban

Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” [al-Syur.a 42:21]

Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.”

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: “Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya… Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap perkara bid’ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur’an dan hadis yang seumpamanya.

Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada amalan perbuatan mahupun percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik.

Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain.

Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini.

Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai.

Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah). Para alim ulama (rahimahumullah) telah sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang diperolehi daripada salah satu atau kedua-duanya adalah syariat yang wajib ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau mengiktirafkannya.

Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [al-Nisa’ 4:59]

“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Aal ‘Imr.an 3:31]

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65]

Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: “Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” [al-Nisa’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah Hari Akhirat.

Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…

Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …”

Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban).

Dalam keadaan di mana tidak ada bukti shar’i bahawa apa-apa perkara itu disuruh oleh Islam, tidak dibenarkan bagi Umat Islam untuk mereka-reka perkara baru dalam agama Allah, tidak kiralah ianya amalan perseorangan ataupun berkumpulan, samada dilakukan secara terbuka mahupun tertutup, berdasarkan maksud umum hadith Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa melakukan apa sahaja amalan yang bukan sebahagian daripada urusan kita ini [Islam], amalan itu akan tertolak.” Banyak lagi dalil yang menegaskan bahawa bid’ah mesti ditegah dan memerintahkan agar menjauhinya.

Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa’l-Bida’: “Ibn Waddah meriwayatkan bahawa Zayd bin Aslam berkata: Kami tidak pernah menemui seorang pun dari kalangan ulama dan and fuqaha’ kami yang memberi perhatian lebih kepada Malam Nisfu Shaaban, tidak ada juga yang memberi perhatian kepada hadith Makhul, atau yang beranggapan bahawa malam tersebut adalah lebih istimewa daripada malam-malam lain. Pernah ada orang mengadu kepada Ibnu Abi Maleekah bahawa Ziyad an-Numairi mengatakan bahawa pahala di Malam Nisfu Shaaban adalah menyamai pahala Lailatul-Qadar. Beliau menjawab, “Sekiranya aku dengar sendiri dia berkata begitu dan ada kayu di tanganku, pasti aku akan memukulnya (dengan kayu itu). Ziyad seorang pereka cerita.”

Al-Shaukani (R.A) berkata dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah: “Hadith yang berbunyi: ‘Wahai ‘Ali, barangsiapa bersolat seratus rakaat di Malam Nisfu Shaaban, dengan membaca pada setiap rakaat Ummul Kitab [Surah al-Fatihah] dan Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya…’ Hadis ini maudhu’ (rekaan semata-mata). Susunan katanya menyebut dengan jelas ganjaran yang akan diterima oleh orang yang melakukannya, dan tidak ada orang yang waras yang boleh meragui bahawa ‘hadis’ ini adalah rekaan. Lebih-lebih lagi, perawi dalam isnad hadis ini adalah majhul (tidak dikenali). ‘Hadis’ ini juga diriwayatkan melalui sanad yang lain, yang mana kesemua adalah direka dan kesemua perawinya adalah are majhul (tidak diketahui asal-usulnya).

Di dalam kitab al-Mukhtasar, beliau menukilkan: Hadith yang menyebut tentang solat di tengah bulan Syaaban adalah hadis palsu, dan hadis Ali yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban – “ Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, penuhilah malamnya dengan solat dan berpuasalah di siang harinya” – adalah dhaif (lemah).

Di dalam kitab al-La’aali’ beliau berkata, “Seratus rakaat di pertengahan Syaaban, membaca (Surah) al-Ikhlas sepuluh kali di setiap rakaat… (hadis ini) adalah maudhu’ (direka), dan kesemua perawi dalam tiga isnadnya adalah majhul (tidak dikenali) dan dhaif (lemah). Katanya lagi: dan dua belas rakaat, membaca al-Ikhlaas tiga puluh kali setiap rakaat, ini juga adalah maudhu’; dan empat belas (rakaat), juga adalah maudhu’.

Beberapa orang fuqaha’ telah tertipu oleh hadis palsu ini, antaranya pengarang al-Ihya’ dan lain-lain, dan juga sebahagian ulama mufassirin. Solat khusus di malam ini – di pertengahan bulan Syaaban – telah diterangkan dalam pelbagai bentuk, kesemuanya adalah palsu dan direka-reka.”

Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: “Hadith tentang solat di malam pertengahan Syaaban adalah maudhu’, dan disandarkan secara palsu terhadap Rasulullah s.a.w.”

Imam al-Nawawi berkata di dalam bukunya al-Majmu’: “Sembahyang yang dikenali sebagai solat al-raghaa’ib, didirikan sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan ‘Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab, dan sembahyang sunat Malam Nisfu Shaaban, sebanyak seratus rakaat – kedua-dua sembahyang ini adalah bid’ah yang tercela. Sepatutnya orang ramai tidak tertipu disebabkan ianya disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya’ ‘Ulum al-Din, atau oleh hadis-hadis yang disebutkan dalam kedua-dua kitab ini. Kesemuanya adalah palsu. Orang ramai juga tidak sepatutnya tertipu disebabkan kerana beberapa imam telah keliru dalam hal ini dan menulis beberapa helaian yang menyebut bahawa sembahyang ini adalah mustahabb (sunat), kerana dalam hal ini mereka tersilap.”

Sheikh al-Imam Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Isma’il al-Maqdisi telah menulis sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar. Alim `ulama telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar, dan sekiranya kami ingin memetik keseluruhan perbincangan tersebut untuk dicatatkan di sini, tentu akan mengambil masa yang sangat panjang. Mudah-mudahan apa yang telah disebutkan di atas sudah memadai bagi anda yang mencari kebenaran.

Daripada ayat-ayat Qur’an, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid’ah yang ditolak oleh jumhur ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya zaman Sahabat (radhiallahu `anhum).

Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya):
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..…”[al-Ma’idah 5:3]. dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima” dan beberapa hadis yang serupa.

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan berterusan-berterusan.’”

Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah yang paling sesuai, kerana siang hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Memandangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan malam tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu.

Oleh kerana telah disyariatkan untuk memenuhi malam Lailatul-Qadr dan malam-malam lain di bulan Ramadhan dengan bersolat, Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya dan menyuruh umatnya bersolat malam sepanjang tempoh tersebut. Baginda sendiri melaksanakannya, sebagaimana disebut dalam al-Sahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa bersolat qiyam di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” dan “Barangsiapa memenuhi malam Lailatul Qadr dengan bersolat (sunat) disebabkan iman dan mencari pahala, Allah ampunkan kesemua dosanya yang telah lalu.”

Akan tetapi sekiranya disyariatkan untuk mengkhususkan malam pertengahan bulan Syaaban, atau malam Jumaat pertama di bulan Rejab, atau di malam Isra’ dan Mi’raj, dengan meraikannya ataupun dengan melakukan amalan ibadat yang khusus, maka sudah tentu Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya melakukannya, dan Baginda sendiri melakukannya. Jika pernah berlaku sedemikian, para Sahabat Baginda (R.A) pasti akan memperturunkan amalan amalan tersebut kepada umat terkemudian; tidak mungkin mereka menyembunyikan amalan daripada umat terkemudian, kerana mereka adalah generasi yang terbaik dan yang paling amanah selepas Rasulullah, radhiallahu `anhum, dan semoga Allah merahmati kesemua sahabat Rasulullah s.a.w.

Sekarang kita telah membaca sendiri kata-kata ulama yang dipetik di atas bahawa tidak ada riwayat daripada Rasulullah s.a.w mahupun Para Sahabat (R.A) berkenaan kelebihan malam Jumaat pertama bulan Rejab, atau malam pertengahan bulan Syaaban. Maka kita tahu bahawa menyambut hari tersebut adalah satu perkara baru yang dimasukkan ke dalam Islam, dan mengkhususkan waktu-waktu ini untuk amalan ibadat tertentu adalah bid’ah yang tercela.

Samalah juga dengan sambutan malam ke dua puluh tujuh bulan Rejab, yang mana disangkakan oleh sesetengah orang sebagai malam Isra’ dan Mi’raj; tidak dibenarkan mengkhususkan hari tersebut untuk amalan tertentu, atau meraikan tarikh tersebut, berdasarkan dalil yang dipetik di atas. Ini sekiranya tarikh sebenar Isra’ and Mi’raj telah diketahui, maka bagaimana sekiranya pandangan ulama yang benar adalah tarikh sebanar Isra’ and Mi’raj tidak diketahui! Pandangan yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke dua puluh tujuh di bulan Rejab adalah riwayat yang palsu yang tiada asas dalam hadis-hadis sahih. Baik sekiranya seseorang itu berkata: “Perkara paling baik adalah yang mengikut jalan para salaf, dan perkara paling buruk adalah perkara yang diada-adakan.”

Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda.

Ulasan dan terjemahan fatwa : www.darulkautsar.com
[Dipetik daripada Majmu’ Fatawa Samahat al-Sheikh ‘Abdul-‘Aziz bin Baz, 2/882]


takde ape yg nk diluah lagi....

erm......susah kn nk meluah perasaan kt blog nie.. kdg2 rse malu pon ade..tp erm......bcer belog org laen dengan selambe jeh membuat kenyataan.. sedey,..,eppy..gembra..kecewa,,terluka.merajuk.meraban..erm...
alangkh baek nye kalaw sy pon mampu mencoret sume kata hati sy kat sini..tp sy hrus berfikir beratus kali untuk membuat itu semua,..
td de bace stu blog nie..
antara yang menarik perhatian sy ayat nie....(xmintak izin pon nk copy sebenarnye..hehehe) :

Kata-kata William Forrester, watak lakonan Sean Connery dalam Finding Forrester :
. "No thinking - that comes later. You must write your first draft with your heart. You rewrite with your head. The first key to writing is ... to write, not to think!"....

so......mula la menulis dengan hati...seikhlas.......setulus..sesuci..sebersih.... serbuk pencuci xxxxx.........llalalaalal

dah la..malas da nk melalut enth kemana.. baek stop disini shaja..... see ya next tyme...heepy reading ya....salam......

Sunday, July 25, 2010

DibaLIk CerMin MimPi.........

Ingat nk hupdate blog nie ngan koleksi cerita2 lagi.. tapi carik punye carik pendrive kesayangan sy ( x bpe nk syg sebenarnye.. upss..tp syg jgk.. byk kngn ngn pendrive tu.. huhu....) tp sedeynyer (sbnrnye tak sedey sgt pon) x jmpe..sadiss2.. spe yg kemas umah rini haaa?? n spe yg telah menyimpankn pendrive sy itu sehingga sy tidk jumpe utk mencarinye.tulun la pulangkn blikk..waaaaaaa..esok kene mulakan gerakan mencari nieh...erm....last2 sy pon mengambil kptusan tuk mencari bhn2 yg best lam lappy akk sy ni.. mlas la plak nk bkk lappy sy tue semata2 nk copy cerita2 or maklumat2 terbaru..ececehh.. bru la kunun.
usha2 punye usha.. terjumpa la ngan lirik lagu peberet sy ni... so.. nk kongsi la ngn u oll sume lirik lagu nie...
Diharap dpt jgk memberi kesedaran untuk kita sume tp dalam suasana lebey santaii....
layannnnnn je la.........law nk layan lebey2 leh la carik sendiri lgu ni kt mne2 eak.. by sifu M.nasir...DISEBALIK CERMIM MIMPI...

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau…
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna..

Bila bulan, bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi..
Ada realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar , pelangi
Pelangi.................



lalaalalalalalalala~ mood menyanyi...(^_^)

~SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG~
( just tjuk lagu je la..aisshh.jgn fikir ke laen lak...... hikhikhihk)

Friday, July 23, 2010

kisah aku..mentari dan DIA.........................

lama rasanya tak update blogku yang da bersawang gamaknye nie.. mungkin sebb tiada masa ( konon-kononnya la)..tp malam nie tringin nak share satu cerita yang saya bace ditengah malam nie dengan niat untuk 'muhasarawakkn' diri...heheh.....harap sama2 dapat dijadikan iktibar..

p/s 'aku dalam cerita ni bukan saya ea'..selamat membaca dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda yang berharga untuk membaca entry ini....

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku memuji Tuhan atas segala keindahan yang telah Dia sajikan itu. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.
Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?”
Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi,
“Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?”
Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku, aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.”
Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?”
Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat?
Kemudian aku berfikir…ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya.
Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”
Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?”
Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga, tetapi menggunakan hati.
Aku menjawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.” Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?”
Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara?
Aku terfikir bahawa Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita, tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan.....
Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?”
dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin,
“Ya, benar Tuhanku, aku menyintaiMu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!”
Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi,
tetapi Dia terus bertanyakan lagi,
“Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?”
Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai.Aku tidak sempurna…aku bukan maksum.”
“Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira…kamu lupakanKu, kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan…kamu terus ingat kepada Aku, kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”
Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari…titisan panas turun membasahi pipiku.
Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini…kadang- kadang sujud menyembahKu,
dan kemudian membelakangiKu, tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang
mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?”
Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.
“Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu?
Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu?
Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimt peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan… atau alasan… namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi…
“Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu… dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.”
SambungNya lagi, “Kini… adakah kamu menyintaiKu?”
Aku tidak mampu menjawabnya lagi.
Bagaimana harus aku jawab persoalan ini. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih,
“Oh Tuhanku… ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah…” kemudian Dia menjawab, “SifatKu Pengampun. Barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”
Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?”
Dia menjawab “Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”
Seingat aku… aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras, tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini… aku benar-benar khusyuk dalam solatku...


Alhamdulillah. kerana sudi membaca hingga akhir.........moga-moga kite juga mampu mencapai solat yang benar-benar khusyuk hendaknya... Amin...
sesungguhnya 'KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.'
InsyaAllah.......

~SELAMAT BERCINTA DENGAN TUHANMU~

6 PERTANYAAN IMAM AL-GHAZALI

Imam Al-Ghazali dikenal sebagai ulama besar. Di akhir hidupnya beliau lebih menekuni tasawuf. Karya besar beliau berjudul Ihya Ullumudin.....


Suatu ketika Imam Al-Ghazali menguji murid-muridnya dengan beberapa persoalan yg mudah-mudahan dapat sama- sama kita renungi jawapannya....InsyaAllah...

1. "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman,dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".


Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang.
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3. "Apa yang paling besar di dunia ini?".


Murid-muridnya ada yang menjawah gunung, bumi,dan matahari.
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus
hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. "Apa yang paling berat di dunia ini?".


Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.
Semua jawapan itu benar, kata Imam Ghazali. Tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin)
di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak mampu memegang amanahnya.

5. "Apa yang paling ringan di dunia ini?".


Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.
Semua itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6. "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...
Benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, Manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

_Sekadar renungan untuk diri sendiri jua_

untuk sahabat2 sy...maafkn andai diri ini pernah melukakan... saya hanya insan biasa.. masih mencuba menjdi lebih baik.. :)


Monday, May 17, 2010

Kentang dan kebencian......

Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan".
Si Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu beg plastik
transparen bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang tersebut akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci, jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...bergantung jumlah orang-orang yang dibenci.

Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam beg plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama orang yang dibenci. Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mula menjadi busuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan baunya juga tidak menyenangkan.
Setelah satu minggu murid-murid tersebut berasa lega kerana penderitaan mereka akan segera berakhir. Si Guru bertanya: " Bagaimana rasanya membawa kentang-kentang tersebut selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi. Si Guru pun menjelaskan apa erti dari " permainan " yang mereka jalankan.
Si Guru berkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk) kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya ..."

Moral of the story :
Barang sesiapa yg ada kebencian terhadap orang lain tu,eloklah dibuangkan dari hati masing2 supaya kita tidak menanggung dosa sepanjang hayat kita.

Tuesday, May 11, 2010

Benarkah hatiku ??? ~ aku keliru ~

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran...
Pernah aku bertanya,
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pemuda.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini. Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita,
Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pemuda,
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu,
biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita,
Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
"i've leave him for the sake of Allah",
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah! Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti,
Dan sesungguhnya hari kemudian itu
lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
Untuk itu Aku tinggalkan dirimu padaNya,
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.(Allah Maha Adil),
usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
jika benar dia tercipta untukmu,
tiada apa yang dapat menghalangnya sebelum saat itu tiba,
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
mohonlah padanya dengan penuh mengharap,
Yakinlah pada janji Allah!,
Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji,
dan lelaki yang keji adalah buat wanita yang keji (pula),
dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik
dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula).
Mereka (yang dituduh) itu bersih
dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu).
Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga),
Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu
(jalan) kefasikan dan ketakwaan kepadaNya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya,
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan :
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan bergembiralah dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu,
Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dariNya,
Allah itu dekat yakin pasti,
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui......


tika ALLAH mengetuk pintu hati kita,
dan kita mula merasakan kita jauh dari ALLAH,
MAKA BUKALAH PINTU HATI ITU UNTUK DICAMPAKKAN HIDAYAH oleh ALLAH,
jangan kita tutup hati kita dan lari dari hidayah yang Allah beri takut-takut nanti ditutup setutup2nya,
dan kita takut..ALLAH sudah TAK MAHU MENGETUK LAGI hati kita..
dan kita risau...ALLAH AKAN MENGUNCI MATI HATI KITA.
lekaslah kembali pada ALLAH..
KERANA ALLAH RABB kita.
kerana ALLAH yg menjadikan KITA,
kerana ALLAH yang memberi kita semua nikmat kehidupan ini..
MAKA KENAPA KITA HARUS SOMBONG untuk menghambakan diri pada ALLAH?
maka kenapa kita harus melupakan TUHAN yang memberi kita
secebis nafas dan sekeping hati untuk memahami???

~ Aku keliru ~

Saturday, May 8, 2010

Kisah segenggam garam dan.....................

Disebuah perkampungan yang aman, tinggal seorang tua yang bijak. Dia menjadi rujukan banyak pihak yang sering memerlukan nasihat dan pandangan. Pada suatu pagi, datanglah seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah. Langkahnya longlai dan air muka yang hambar. Tamu itu memang nampak seperti orang yang tidak bahagia.
Tanpa membuang waktu, pemuda itu menceritakan semua masalahnya. Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya dengan tenang. Dia lalu mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya untuk mengambil segelas air. Ditaburkannya garam itu kedalam gelas, lalu dikacaunya perlahan. "Cuba, minum ini, dan katakan padaku bagaimana rasanya..", ujar Pak tua itu. "pahit sekali rasanya", jawab sang tamu, sambil meludah kembali air yang diminum.Pak Tua itu, sedikit tersenyum. Dia, lalu mengajak tamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berdekatan tempat tinggalnya. Mereka berdua berjalan beriringan , dan akhirnya sampailah mereka di tepi telaga yang tenang itu.
Setelah berdiri di tepi telaga itu, Pak Tua lantas menaburkan segenggam garam, ke dalam telaga tersebut. Dengan sepotong kayu, dibuatnya gelombang mengaduk-aduk dan tercipta riak air, mengusik ketenangan telaga itu. "Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah. Saat tamu itu selesai meneguk air itu, Pak Tua berkata lagi,"Bagaimana rasanya?". "Segar.", sahut tamunya. "Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi. "Tidak", jawab si anak muda.
Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk bahu si anak muda. Dia lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu. "Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan, adalah seperti segenggam garam, tidak lebih dan tidak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama.
"Tapi, kepahitan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dari wadah yang kita miliki. Kepahitan itu, akan didasarkan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu."
Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat. "Hatimu, adalah wadah itu.Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."
Keduanya lalu kembali pulang. Mereka sama-sama belajar hari itu. Dan Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan "segenggam garam", untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.

Kisah seekor Kerbau, kelawar dan cacing

Suatu hari Allah WT memerintahkan malaikat Jibri A.s untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan bertanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau.
Malaikat Jibril A.s segera pergi menemui si Kerbau. Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril A.s mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau,
"Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau".
Si kerbau menjawab, "Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang mandi dengan kencingnya sendiri".
Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril A.s segera pergi menemui seekor kelawar.
Malaikat Jibril A.s mendatanginya seekor kelawar yang sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.
Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar,
"Hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar.
Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril A.s segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril A.s bertanya kepada si cacing,
"Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing".
Si cacing menjawab, " Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Friday, May 7, 2010

Persoalan dari hati.....

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri telah kembali ke tanah air. Dia mempunyai beberapa persoalan yang masih belum terjawab.. Walaupun semasa berada di luar negara dia ada bertanyakan pada beberapa orang pensyarah, profesor dan beberapa orang yang dirasakan boleh memberikan jawapan padanya, namun dia masih tidak menemukan jawapan yang dirasakannya sesuai.. Suatu hari ketika sedang berjalan bersendirian untuk pulang ke rumahnya, dia masih memikirkan persoalan itu sehingga dia disapa oleh seorang tua.

Orang tua : Wahai orang muda. sejak dari tadi saya melihat anda seperti sedang menghadapi masalah.. Adakah perkara yang mampu saya lakukan untuk membantu anda?

Pemuda : Siapakah anda ?

Orang tua : Saya hamba Allah yang ingin membantu anda.

pemuda : Sebenarnya saya mempunyai beberapa persoalan yang membuat saya keliru di setiap saat terfikirkannya.

Orang tua : apakah persoalan itu? Mungkin saya boleh membantu anda.

Pemuda : Saya tidak merasakan bahawa anda mampu menjawab persoalan itu, sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Orang tua: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya dengan izin Allah..

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan
kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir ?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke
neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Orang tua tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Orang tua : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawaban saya atas
3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti

Orang tua : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Orang tua : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Orang tua : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda: Saya tidak boleh.

Orang tua : Itulah jawaban pertanyaan pertama... kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Orang tua : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Orang tua : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Orang tua : Itulah yang dinamakan takdir.

Orang tua : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Orang tua : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Orang tua : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Orang tua : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.



Saat mula2 saya mendengar cerita ini dari seorang ustaz yang memberikan tazkirah..saya sangat teruja... sesungguhnya kehidupan ini adalah sangat berkaitan dengan akhirat.. cuma kadang2 sebagai manusia yang lemah kita tidak mampu untuk menilai.....maka marilah kita merenung kembali dan dapat dijadikan panduan dalam meniti khidupan ini..