Saturday, April 10, 2010

_Kisah Seorang AnaK_


Salam...... utk pgtahuan pembace yg sudi meluangkan mse membce catatan ini...cerita ini tiada kaitan dengan sya...ia adalah kisah yg sya prolehi dri seorg shbt ( xtahu la dy dpt citer ni dri mane).. jd, sy hya ingin brkongsi stu kisah yg sy rsakan mnrik n bleh menjadi pnduan buat kita bsama.....

************************************************************************************
Seluruh kampung semacam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Ramli, anak arwah Pak Hamid (bukan nama sebenar) pulang dari luar negara sebagai seorang jurutera dan hafiz. Semalam dia mengimamkan solat tarawih. Lunak dan lancar bacaannya. Mereka yang tidak kenal asal-usul Ramli, kagum. Mereka yang lebih mengenali, lebih kagum.

Saya adalah antara generasi anak kampung yang masih mengingati Pak Hamid. Malam setelah pulang dari solat tarawih, saya berbual-bual dengan anak saya.

"Ayah nak kamu contohi imam muda tadi. Sudahlah hafiz, jurutera pula.."

"Hebat betul."

"Kalau kamu tahu sejarah hidup dia, kamu akan lebih kagum."

"Ayah tahu?"

Saya mengangguk.

"Dah tentu. kan ayah anak jati kampung ni."

**

Mata saya merenung ke luar tingkap rumah. Pohon nyiur melambai-lambai di kegelapan malam yang disinari cahaya purnama. Dua hari lagi, Aidilfitri menjelang tiba. Sesekali pulang ke kampung terasa kedamaiannya. Nostalgia kisah Pak Hamid terbayang kembali di ruang mata.

"Ayah nak cerita ni sekadar mengambil iktibar. Bukan hendak memburuk-burukkan orang yang telah mati.." perlahan saya memulakan cerita.

"Kenapa begitu sekali ayah?"

"Pak Hamid terkenal di kampung ini sebagai orang yang buruk perangainya. Solat tidak. Puasa tidak. Menjengah ke surau langsung tak pernah. Berjudi, minum arak dah jadi kebiasaannya."

"Ramli tu terseksa sejak kecil lagi. Dibentak-bentak. Makan minum, pakaian dan sekolahnya tidak terurus langsung... "

"Tapi macam mana dia boleh mencapai kedudukannya seperti sekarang?"

"Itulah luar biasanya Ramli ni. Dalam serba kekurangan dan cabaran itu dia gigih. Rajin belajar. Berdikari mencari rezeki."

"Ibunya macam mana?"

"Ibunya dah lama meninggal dunia. Kata orang, itulah sebabnya Pak Hamid jadi begitu. Berubah sejak kematian isteri."

"Sedih juga... "

"Kalau orang lain dah lama putus asa.Tapi Ramli tidak. Hasil keputusan cemerlang di sekolah rendah dia terus belajar ke sekolah asrama penuh. Dan entah macam mana kaedah dia mampu meneruskan pencapaian akademik dan hafaz Quran sekaligus. hebat."

"Sekarang ni ayah, dah ramai yang menempuh sistem ini. Ada caranya."

"Baguslah, jika berpeluang kamu ikuti jejaknya. Kembali kepada kisah Pak Hamid... dia meninggal tak lama selepas Ramli melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh. Ayah masih ingat... " saya sebak.

"Kenapa ayah?"

"Waktu Ramli pulang menjelang pengkebumian jenazah ayahnya dia menangis. Sebatang kara. Orang kampung kata macam-macam tentang arwah ayahnya. Berdosa besar. Jenazahnya berat... berat dosalah. Macam-macam. sedih ayah rasakan, Ramli yang masih muda tu terpaksa menanggung kecaman di hari kehilangan orang yang disayanginya. Mujurlah ada datuk kamu... "

"Hai, datuk pun ada peranan dalam kisah ni?" Tanya anak saya.

"Ayah masih ingat datuk kamu panggil Ramli untuk berjalan bersama dari tanah perkuburan. Ayah ada sekali."

"Apa kata datuk?"

"Ramli, kalau benar sayangkan ayah kamu... jadi anak yang soleh. Doakan dia. Itu sahaja jalannya untuk menyelamatkan ayah kamu di akhirat." Anak saya terdiam. Terkesima agaknya. Matanya mula redup.

"Datuk kamu menyambung lagi... untuk harumkan kembali nama ayah kamu di dunia, belajar sungguh-sungguh. Jadi orang yang berjaya dalam hidup. Insya Allah, kecemerlangan kamu akan menjulang kembali nama ayah kamu yang dikata-katakan orang pada hari ini."

"Macam mana reaksi Imam Ramli waktu itu?"

"Dia hanya mengesat airmata dan mengangguk-ngangguk."

"Hebat betul ayah, sekarang semuanya semacam menjadi realiti."

"Memang hebat. Anak yang baik daripada ayah yang sedemikian. Kamu bagaimana?"

"Saya bertuah... ada ayah!"

Saya terdiam. Terusik hati saya, adakah aku ayah yang baik?

"Kamu mesti terima kenyataan bahawa kita masih mampu menjadi anak yang soleh walaupun bapa kita bukan seorang yang soleh... Dan tidak semestinya bapa soleh maka anaknya secara automatik menjadi anak yang soleh."

"Kenapa ya?"

"Itulah bukti keadilan Allah. Dosa dan pahala tidak boleh diwariskan. Setelah akil baligh setiap kita punya potensi sendiri, nak menjadi baik atau sebaliknya."

"Jadi, seorang ayah yang soleh tak boleh membentuk anak yang soleh?"

"Tak begitu. Didikan ibu bapa sangat memainkan peranan. Anak yang dididik secara baik, berpotensi besar menjadi anak yang soleh bila dewasa nanti. Tetapi, masih ada usaha yang dia sendiri perlu lakukan untuk meneruskan program menjadi insan soleh. Jika program itu dipatuhinya, alhamdulillah. Jika menyimpang, dia terima akibatnya."

"Saya setuju dengan pandangan ayah. Inilah bukti keadilan Tuhan. Jika tidak... setiap anak terpaksa menanggung akibat kesalahan ibu bapanya tanpa berpeluang untuk mengubah keadaan dirinya."

"Ya, itulah yang dibuat oleh Imam Ramli. Demi cinta kepada ayahnya, dibela maruah ayahnya di dunia dan akhirat. Tolong buat begitu jika ayah telah tiada... " semacam wasiat pula kata-kata saya.

**

Pada pagi raya, selepas solat Aidilfitri... kami sama-sama menziarahi pusara di pinggiran kampung. Saya lihat Imam Ramli duduk di tepi pusara ibu dan ayahnya. Saya dan anak duduk di tepi pusara insan yang paling kami sayangi... ayah saya, datuk anak saya. Lelaki yang pernah menasihati Imam Ramli. Mudah-mudahan rohnya bersemadi di sisi orang soleh. Nasihatnya sangat memberi bekas ... saya yakin ayah ikhlas waktu itu. Saya masih ingat dialog ayah dengan Imam Ramli belasan tahun yang lalu di kawasan perkuburan ini. Saya di sisi mereka. Saya melihat air mata ayah mengalir sewaktu meluahkan nasihatnya... Oh, mampukah saya seikhlas itu?


_tamat_


diharap kita same2 mndapat tauladan dri crita ini....


Wednesday, April 7, 2010

SATU PENGHARGAAN BUAT WANITA.......


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti".
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya dia menghubungi Tuhan dan dia bertanya. Tuhan mengapa wanita begitu mudah menangis?" dan dia menemukan jawapan itu dri Tuhannya......
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung beban dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ".
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang sering kali datang dari anak-anaknya".
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " .
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ",
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ".
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu ".
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila ia perlukan......................

Air mata adalah satu penghargaan buat wanita....

Duhai wanita.
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Sunday, April 4, 2010

_bUatMU wANIta_



Wanita Solehah Penghibur Hati

WANITA SOLEHAH….

SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH
BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH
INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....
DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI
SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA
NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.
‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’

__SEKADAR RENUNGAN BERSAMA__

Thursday, April 1, 2010

doKTOr , IslAM dAN loGik.......

"Dalam diri kita ada kebesaran Tuhan". Cuba kita lihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.
Lain - lain perkara:
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,Baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Bismalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Bismalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit.
Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Bismalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.
Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam
sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Sedikit informasi mengenai Kaa'bah:
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Kaa'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.
Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.