Sunday, December 13, 2009

_kAU daN aku SaTU _


Aku dan dia adalah satu... ku pilih dia kerana dia dan aku satu.....dia dan aku adalah satu.........dia memilihku kerana aku dan dia adalah satu.........aku menyanyangi dia dengan satu hatiku.....dia mencintaiku dengan satu hatinya..namun dia melukaiku dengan satu pertuturannya.........dan aku pergi darinya demi lukanya satu hatiku...kisahnya :


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak : “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak : “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.


Wanita : “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kitaberpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.


Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.


LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.


WANITA tersenyum manis,berlalu di hujung lafaz : “Selamat tinggal…”


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.

Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahqwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri…



sedarlah:
Allah S.W.T ciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki,

bukan dari kepala untuk dijunjung,

bukan juga dari kaki untuk dialasi,

tp dekat di bahu untuk dilindungi,

dan dekat dihati untuk dikasihi.....

SELAMAT BERCINTA DENGAN TUHANMU

Friday, December 11, 2009

mencari cinta??



DIMANA CINTA????

Cinta adalah sesuatu yg subjektif...
ada yg meluahkan cinta itu dengan kata......
ada juga mentafsif mlalui perbuatan...
walau apa pun cinta itu..
ia tetap ada di hati.....



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya...

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata :
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:
“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”



SELAMAT BERCINTA DENGAN TUHANMU

Wednesday, December 9, 2009

kisah CINTA ITU............................


kisah cinta langit dan laut...

mgkin ada yg penh tbce kisah nie. tp khs utk pgunjung blog nie sy dedikasikn kisah ini untuk anda smua.....



Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

_SELAMAT BERCINTA DENGAN TUHANMU_

aku mahu pilih siapa eakkk???????

hurm...... da lame x hupdate blog..
mklum la hari yg dilalui nie sbuk mgalahkn PM rsenye......hehe
tp di kesemptn yg x brape smpt nie....
sy luangkan mse jgk la nk brkongsi rse ngn sume yg sudi singgh di blog sy nie..




antara aku_dia_keluarga...... aku pilih...........

dalam hidup nie bnyk perkara yg kita blaja hari - hari.....
penglamn adalh guru terbaik daln hidp.
oleh itu.... kite hruslah blaja dri pengalamn....
antara aku_dia_keluarga......aku pilih.....
itu tjuk yg tfikir di benak sy skrg....
skali lagi pglmn hidup mgjr sy hri ini stu ilmu yg membuat sy kmbli trfikir.....
hidup di kelilingi shbt2....... mgkin bg pljar lebih sinonim la.coz kalu study jauh dri fmily..... kwn2 la tmpt mluah rase..... bg yg ad spesial tue biasa...... 'dialah insan yg pling memahamiku'....katenye....
hri blalu dan trus brlalu hingga bnyk pkre rupenye kita kongsi dgn mreka hngga kite lupe jauh dri kita ada hti yg merindu......ada kaseh yg didoa dri jauh......
yup.....keluarga kita.....
bg sy sdiri hari nie bru sy tfikir....
slalu dlam stu hri brapa bnyk msj yg sy akn anta pd fmily berbndng kwn2.....
jwpnnye......
mgkn nisbh 1 : 10..
kdg2 stu hri x de pe pon nk di kongsi dgn adik2.. kakak..... mak.ayah...
tp rse bnyk gler pkra yg nk dicerita pd kwn2.....
ym la....face book la. frenster la. chat room la...sume tuk isi kekosongan hti yg kite sdiri kurg pasti......
disebbkn stu peristiwa hri nie.....sy kmbli mrenung diri dan mgakui ap yg blegr di benk nie.... hari nie lmbt pg kelaz.... xm da stat.... sume member da pgi.... tinggalkn sy sndiri... mse tue sdih gilr rse... org yg rpt ngn kite snggup wt mcm tue.. 'selfish'.....
dalm hti nie ngis da...... tp airmata x kluar.... time tue la bru ingt kt kluarga.....
mcm mne lynn dorg pada kite. yup.... fmily kita adlh insn trbaik yg Allah cipta utk kita..... dorg trima sume kekurgn diri kite..... wlau sburuk mne pon kite.....
trutama ibu ayah.....
insn yg snggup mati utk pastikan anak2 mereka hidup...
sdya upaya pnuhi keperluan anak2 walau diri sdiri mngis dan trluka dgn sikp mereka.....
tp tiada rungutan...... tiada kte2 yg kesat keluar dri bibir mereka kerna mereka tahu setiap yg diucp adalh doa buat ank2......
tp kite sbgai anak tidak tahu malah tidak mhu untuk tahu....
bersmbung.............