Monday, September 7, 2009

_azimat bonda_

by : far east....

langit kirmizi menghantar dirimu
menuju jalan pulang
hari - hari indah bersamamu
bertabur di tanah kenangan

wajah beronana simpati kutatapi
buat kali terakhir
sedih dan sayu dari kamar atma
mengundang air mata

hanya rindu dan doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya ditelapak kakimu

menumpang disegenap ruang
yang ada di lubuk perkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat dipangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis airmata ibu
yang gugur kerana kesedihan
segaris luka dihati ibu kerana kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunanmu
azimat ini kutanam di lubuk hati yang dalam

ditirai malam aku bersandarkan
pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam
terlena di rajutan rindu

tiada yang terindah didunia
dapat mengganti hilangmu
pilihan yang terbaik takkan dapat
mengisi relung hatiku............



hanya Mak insan teristimewa dihatiku,
walau kini Mak tidak lagi disisiku..
semoga roh Mak ditempatkan dikalangan HambaNya yg Solehah.aminnn..


Thursday, September 3, 2009

~~marah - marah sayang ~~ (^_^)

sahabat dan terasa???
bohongla kalu cakap kite n sahabat baik sentiasa
bohong jugak kalu cakap gaduh hari - hari
biasala sedangkan lidah lagi tergigit
inikan pulak............................
penah ada kawan hantar mesej
'sahabat ini bunga sya
tanpanya tiada seri dunia..
sahabat ini madu saya.....
penawar banyak perkara..'
tapi betul ke??
kerana kadang - kadang saya rase sahabat
macam racun juga
bukan semua tapi adalah....
mungkin racun yang tanpa sedar menghakis tangkai naluri
dan membunuh perasaan kasih
tapi pada saya...
biar lah racun ke, madu ke, bunga ke....
selagi saya masih bernafas di dunia nie...
saya akan tetap anggap dia sahabat saya....

Wednesday, September 2, 2009

aku dan hidupku............

sulit benar kehidupan ini.........
payah untuk dilalui......
sukar untuk ditempuhi......
kadang kala menghiris hati dan perasaan yang rapuh ini...
kata seorang teman....
hidup perlukan ketabahan...
dugaan datang tanda ALLAH S.W.T sayangkan kita.........

kesakitan mengajar kita erti sebuah kehidupan...
tidak semua yang manis sahaja akan datang pada kita......
mungkin kepahitan itu adalah penawar bagi sebuah penderitaan jiwa
mengajar kita apa itu kesabaran............
seperti pujangga berkata.......
tak semua yang kita inginkan kita dapat sebagaimana tak semua yang kita miliki adalah apa yang kita inginkan.......
manusia dianugerahkan dengan keingingan yang kadang kala melampaui batasan kemampuan......
ada yang impikan bintang dilangit.......
ada juga yang impikan bulan yang dipagar bintang....
lawak rasanya bila mengenangkan segala impian yang sudah pasti malah yakin takkan mampu dicapai dan digapai........

~just for you~

hidup ini kadang kala dirasakan sangat payah untuk dilalui...
masa seperti lewat berlalu dan membiarkan kita kelemasan merentasinya......
namun kadang kala masa yang dilalui sungguh cepat........
tak terasa ia berjalan...........
mungkin berlari.....meninggalkan kita...
seperti sahabat
.kadang kala memberi seribu duka yang terpaksa ditelan untuk selipat kenangan.
dan selebihnya selautan kegembiraan untuk disimpn......