Monday, September 7, 2009

_azimat bonda_

by : far east....

langit kirmizi menghantar dirimu
menuju jalan pulang
hari - hari indah bersamamu
bertabur di tanah kenangan

wajah beronana simpati kutatapi
buat kali terakhir
sedih dan sayu dari kamar atma
mengundang air mata

hanya rindu dan doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya ditelapak kakimu

menumpang disegenap ruang
yang ada di lubuk perkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat dipangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis airmata ibu
yang gugur kerana kesedihan
segaris luka dihati ibu kerana kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunanmu
azimat ini kutanam di lubuk hati yang dalam

ditirai malam aku bersandarkan
pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam
terlena di rajutan rindu

tiada yang terindah didunia
dapat mengganti hilangmu
pilihan yang terbaik takkan dapat
mengisi relung hatiku............



hanya Mak insan teristimewa dihatiku,
walau kini Mak tidak lagi disisiku..
semoga roh Mak ditempatkan dikalangan HambaNya yg Solehah.aminnn..


No comments:

Post a Comment